Rumpai laut atau nama saintifiknya, eucheuma adalah sejenis spesis yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi.
Jenis-jenis Rumpai Laut
Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.
Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrients. Kita boleh mendapatkan nutrients dalam sayuran atau rumpai laut ini. Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini.. Rumpai ini menghasilkan pelbagai bioactive compounds untuk digunakan dalam perubatan, cosmetic dan juga dalam makanan sebagai stabilizer, preservatives dan agar-agar.
Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Projek Pengkulturan Rumpai Laut Semporna, Sabah.
No comments:
Post a Comment